amacam first day puasa, penat tak? haha, Azim tak penat sebab dah biasa asik puasa sunat je sebelum ni...
hari ni masak buka puasa simple-simple saja, tak payah buat lauk grand sangat.. haha
yang kelakar pulak, hari ni giliran kitorang buat moreh, so Azim la tukang masak nya.. Azim decide nak buat bubur lambuk je la, belum pernah kat taman kitorang ni orang buat bubur lambuk untuk moreh, jadi sesiapa yang nak tahu resepi bubur lambuk, klik SINI..
ok, untuk buka puasa hari ni, Mama suruh buat rendang darat je.. kitorang pakai ayam je, Mama ada pelihara ayam lebih kurang 30 ekor kat dalam reban belakang rumah tu, kami sembelih la 5 ekor... save the rest untuk raya nanti..
Bahan-bahannya :
1 ekor ayam (potong 16)
*2 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*3/4 inci halia tua
*1 inci lengkuas
*1 inci kunyit hidup
*5 batang cili merah
*15 batang cili api (cili boleh adjust mengikut tahap kepedasan anda, kitorang suka pedas!!)
*bahan kisar
2 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat + 1/2 cawan air
1 helai daun kunyit (mayang halus)
Garam
Cara-cara membuatnya :
1. Masukkan bahan kisar dalam kuali (tak pakai minyak eh, tu yang namanya rendang darat tu)
2. Masukkan ayam bersama serai, kecutkan ayam sehingga air kering. Kalau ayam belum cukup kecut, tambahkan secawan air dan teruskan proses mengecut ayam.
3. Apabila ayam sudah kecut, masukkan santan. Masak sehingga menggelegak, perisakan dengan garam secukup rasa.
4. Kalau anda nak ayam ni kering, masak lama sikit sampai kering. Manakala kalau nak kuah-kuah sikit, tunggu menggelegak dan pekat.
5. Langkah terakhir, masukkan daun kunyit dan tutup api.
6. Sedap dimakan bersama nasi, nasi impit dan juga pulut.
No comments:
Post a Comment