Friday, July 19, 2013

Resipi : Sambal Sotong Gula Merah

Assalamualaikum..
Apa khabar semua pembaca blog DDM, moga sihat hendaknya..
Hari ini, Azim nak kongsikan resepi yang menjadi kegemaran Azim iaitu sotong, tetapi kali ini Azim menggunakan sotong kembang.. sambal sotong ni memang best dimakan dengan nasi lemak mahupun lontong..
jom study resepinya!!



Bahan-bahannya :

2 ekor sotong kembang sederhana besar, direbus sehingga empuk dan dipotong ikut suka
*1/2 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1/4 inci halia
*dikisar halus
4 sudu besar cili kering kisar
1/2 biji bawang besar potong
1 sudu makan gula merah
1 batang serai dititik
1 keping asam gelugor
Sedikit garam

Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, serai dan cili kering sehingga pecah minyak.
2. Masukkan sotong, asam gelugor, bawang potong dan gula merah. Perisakan dengan garam.
3. Masak sehingga menggelegak dan boleh tutup api.


Resepi : Apam Goreng Meletop Seribu

Assalamualaikum..
Mama dan Azim tertanya-tanya apa la nak dibuat untuk side dish buka puasa kelmarin .. Adik dengan Ayah tu karang malam nanti mesti nak something untuk makan..
jadinya, Azim terpandang la mauripan kat dalam almari tu.. hurmmm, Azim amik terus bancuh buat apam goreng, kebetulan kelapa parut pun ada.. sambal tumis pun kebetulan ada, memang kombo la!
mari tengok resepinya..


Bahan-bahannya :

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan kelapa parut muda
2 cawan air
1 paket yis mauripan

Cara membuatnya :

1. Satukan tepung dan kelapa. Gaul rata.
2. Bancuh yis dengan air dan gula sehingga larut kemudian masukkan dalam bancuhan tepung dan kelapa. Bancuh rata.
3. Perap bancuhan selama 1 jam. Bancuhan hendaklah ditutup dengan kain lembap.
4. Apabila sudah kembang, bolehlah digoreng dengan sedikit minyak sahaja. Masukkan sesenduk kecil dan tutup dengan tutup periuk nasi, api kecil sahaja. Balik-balikkan dan bila dah garing, bolehlah diangkat.
Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sambal tumis.




Wednesday, July 17, 2013

Resepi : Hati dan Pedal Ayam Masak Kicap Pedas

Assalamualaikum semua pembaca blog DDM..
kisahnya, dua minggu sebelum puasa.. kami sekeluarga ada buat kenduri sikit nak menyambut puasa.. yang jadi tunggak masaknya Azim dengan Mama je.. bayangkan, ada 5 menu dan 2 orang je masak untuk kenduri dan Azim pulak kena buat kuih koci sampai 100 lebih untuk kenduri tu, memang keteramatan keletihan..
Jadinya, kami masak ayam la masa kenduri tu dalam 10 ekor.. pedal dan hatinya tidak dicampur.. Mama pun simpan dalam freezer..
Kalau Azim beli ayam.. Azim suruh orang tu buang semua organ, sebab Azim tak makan..
jadinya, masa nak masak untuk berbuka puasa... Mama keluarkan semua hati dan pedal ayam tu buat masak kicap,.. maka berlakulah kejadian organ-organ itu dimasak kicap..


Bahan-bahannya :

10 keping hati ayam
10 keing pedal ayam
Serbuk kunyit
Sedikit garam
*kedua-dua organ ini direbus terlebih dahulu sehingga lembut dan dilumur garam kunyit lalu digoreng sedang-sedang saja
*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*10 ulas cili api
*bahan ini ditumbuk , cili api ditumbuk kasar sahaja
6 sudu besar kicap masin
1 sudu makan sos tiram
2 senduk nasi cili kering kisar
1 biji bawang besar dipotong
2 cawan air asam jawa

Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk, bawang besar potong serta organ-organ tadi.
2. Masukkan cili kering, kicap masin dan air asam jawa.
3. Biarkan menggelegak dan pekat. Boleh tutup api.


Resepi : Gulai Jengkol Pucuk Ubi Simpul

Assalamualaikum..
Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog DDM... Apa khabar semuanya? semoga sihat .. Alhamdulillah.. Post kali ini, Azim nak kongsi menu jengkol gitu, apa itu jengkol.. kepada sesiapa yang tak tau, jengkol tu jering.. fuhh, sedap gila jering.. yang bestnya, jering ni tak berbau bila makan sebab Azim rebus dulu.. bila dah masak, baunya hilang... masak jering ni berduet pulak dengan pucuk ubi, pergghh!! memang super kombo la!!


Bahan-bahannya :

10 ulas jering dibelah dua, direbus hingga empuk dan tumbuk dengan lesung batu
1 cekak pucuk ubi, disimpul dan direbus
3 sudu besar cili api kisar
Sejemput ikan bilis ditumbuk kasar
Sedikit serbuk kunyit
2 1/2 cawan santan perahan kedua
1 cawan pati santan
2 batang serai dititik
2 keping asam gelugor
Garam

Cara membuatnya :

1. Satukan cili api, ikan bilis, serai, asam gelugor dan sedikit serbuk kunyit. Masukkan 2 cawan santan perahan kedua, masak sehingga agak pekat lalu masukkan jering dan pucuk ubi.
2. Masukkan setengah cawan santan perahan kedua dan biar menggelegak.
3. Kemudian, masukkan pati santan dan perisakan dengan garam. Bila dah menggelegak, biarkan 2-3 minit dan tutup api. Boleh dihidangkan dengan nasi.


Resepi : Ikan Siakap 3 Rasa Yang Tak Berapa Nak Rasa

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, selepas sehari, sehari lagi kita selesai berpuasa.. dah berapa hari dah puasa.. Azim pun tak ingat, itu semua tak penting.. Yang penting puasa dan amalan wajib mahupun sunat di bulan Ramadhan ni jangan dilupa.. Insyaallah..
Di sini Azim nak kongsikan resepi ikan siakap tiga rasa, tapi Azim rasa macam lebih kepada sweet sour je.. maklumlah, tak dapat nak rasa kepedasannya.. moh le kite~~



Bahan-bahannya :

2 ekor ikan siakap sederhana besar, perap dengan limau kasturi dan bersihkan, toskan
Sedikit garam
Serbuk kunyit
*ikan dilumur garam kunyit dan goreng hingga garing

*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1 batang serai
*8 ulas cili api
*bahan ditumbuk lumat dengan lesung batu, cili api dan serai tu jangan hancur sangat
1 batang serai potong pendek dan ketuk kasar
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 batang carrot potong pendek
4 batang pucuk jagung, belah dua menyerong
1 kuntum bunga kobis, potong kecil
1/2 biji nanas potong kiub
1 biji tomato potong kiub
2 helai daun limau purut
2 sudu makan jus limau kasturi
2 cawan air asam jawa cair
1 sudu makan tepung gandum dibancuh dengan sedikit air (untuk memekatkan kuah)
Garam dan gula

Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan cili kering, serai ketuk, sos cili, sos tiram, jus limau dan daun limau purut.
3. Masukkan kesemua sayuran dan air asam jawa.
4. Bila dah menggelegak , perisakan dengan garam gula mengikut cita rasa anda.
5. Masukkan bancuhan tepung gandum dan biarkan menggelegak sekejap. Boleh tutup api dan curah atas ikan.



Tuesday, July 16, 2013

Resepi : Puteri Mandi Resepi Nenek

Assalamualaikum..
inilah kuih yang berasakan pulut yang Azim cakap hari itu, Azim teringin beno nak merasa puteri mandi ni.. lagipun nenek dah lama tak makan puteri mandi, last buat pun entah bila tah.. nenek kata ni resepi sejak zaman moyang Azim lagi, wah berkurun resepi ni.. kelas jah~
jadinya, ku bikin la semangkuk kecil je, malas nak buat banyak-banyak sebab tak laku.. sekali bila buka puasa , adalah 4 ulas Azim makan, selebihnya family makan.. tapi yang penting, Azim puas hati.. Alhamdulillah!!!



Bahan-bahannya :

2 cawan tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
1/4 sudu kecil air kapur
1 sudu kecil garam
Pewarna pilihan anda
1 1/2 cawan air
1 cawan gula
1 cawan kelapa parut muda

Cara membuatnya :

1. Bahagikan tepung pulut kepada 3 bahagian, Campurkan satu sudu makan tepung gandum kepada setiap bahagian.
2. Campur juga 1/4 sudu kecil air kapur kepada setiap bahagian.
3. Titikkan pewarna dan uli dengan sedikit air sehingga membentuk doh lembut.
4. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan tekan di tengah. Buat sehingga habis.
5. Satukan gula, air dan kepala dalam kuali.
6. Masak guna api sederhana dan masukkan kesemua puteri-puteri tadi ke dalam kuali itu.
7. Masak sehingga puteri masak dan sedikit kering. Sedia dihidangkan.




Resepi : Lempeng Ikan Bilis Adikku

Assalamualaikum..
Asik masak je la kerja Azim ni kan, siang malam tak berhenti nak bagi makan kat orang-orang di rumah ni..
Adik Azim kelaparan pulak bila dah malam-malam lepas buka tu, dapur dah tak de benda nak masak.. (malas sebenarnya).. jadinya, malam kelmarin Azim buat la lempeng memandangkan boleh dicicah dengan kuah masak lemak cili api ayam dengan kemumu.. cicah dengan sambal sardin pun boleh.. tertangguh nak update sebenarnya, internet terlalu 'laju' la katakan..


Bahan-bahannya :

1 cawan tepung gandum
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*Sejemput ikan bilis
*ditumbuk kasar je dengan lesung batu
4 cawan air
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

1. Semua bahan dibancuh sekata.
2. Panaskan kuali anda, Azim guna kuali biasa tu je dan sapukan sedikit minyak.
3. Masukkan 1 senduk kecil bancuhan dan goyangkan supaya rata dan lebar seperti yang anda mahu.
4. Masak sehingga garing. Boleh dimakan begitu saja ataupun dicicah bersama kuah.


Monday, July 15, 2013

Resepi : Gulai Ayam Dengan Keladi Kemumu

Assalamualaikum..
dah berapa hari kita berpuasa dah kan.. Azim tak kira pun dah berapa hari, malas nak kira, nanti rasa lama..
Insyaallah, Azim dengan Mama akan start projek kuih bahulu dan cookies untuk raya ni.. Mama nak start balik kuih bahulu dia yang dah lama tinggal dekat 10 tahun, masih lancar lagi atau sudah berkarat? kita tunggu.. baiklah, Azim sebenarnya nak kongsi menu yang dimasak masa berbuka semalam, ini adalah signature dish orang negeri sembilan.. masak lemak cili api ayam @ gulai ayam.. cuma Mama suruh tambahkan keladi kemumu buat sayurnya, selalu orang letak kentang... yang buat Azim gembira, sejak first day Azim masak untuk buka puasa ni, semua rasanya perfect, cukup masin dan cukup pedas, Azim tak rasa tau, hehe..


Bahan-bahannya :

1 ekor ayam potong 12, bersih dan toskan
2 sudu besar cili api kisar , siapa nak pedas boleh adjust
1/2 biji bawang besar dipotong halus
1 ulas bawang putih dipotong halus
1 cm halia dipotong halus (halia sikit je, buat rasa.. jangan letak banyak sangat)
1 keping asam gelugor
2 cawan santan perahan kedua
1 cawan pati santan
5 batang keladi kemumu, bersihkan, potong dan ramas dengan garam kasar
2 batang serai ditiitk
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

1. Masukkan ayam dalam kuali bersama cili api, bawang-bawang dan halia.
2. Masukkan juga serbuk kunyit secukup kuning, keladi kemumu dan serai yang dititik.
3. Masukkan 1 cawan santan perahan kedua dan masak sehingga ayam kecut, teruskan tambah santan perahan kedua sehingga ayam benar-benar kecut.
4. Masukkan pati santan dan perisakan dengan garam. Menggelegak santan tu boleh la tutup api.


Sunday, July 14, 2013

Resepi : Ayam Masam Manis Mudah

Assalamualaikum...
Bulan Ramadhan ni semuanya nak ekspress.. malas nak menu grand kan.. kalau grand sangat karang, nak terawih pun tak larat.. Jadinya, kita masak mudah-mudah tapi menusuk qalbu..
Ayam masam manis ni adalah masakan favourite adik Azim... Just letak ayam dengan carrot jer.. kalau letak bunga kobis, pucuk jagung, nanas bukannya makan.. dibuangnya adalah, geram Azim..
menu yang cukup sesuai untuk sesiapa yang nak masak cepat, boleh juga diganti dengan udang dan sotong... ubahsuai mengikut kreativiti anda.. hehe



Bahan-bahannya :

4 keping dada ayam, potong kecil
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1/4 inci halia tua
*5 ulas cili api
*bahan ditumbuk lumat
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan sos cili
Lobak merah, potong ikut suka
1 helai daun limau purut dicarik-carik
1/2 biji bawang besar dipotong kasar
2 sudu kecil gula
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan cili kering, sos cili dan isi ayam.
3. Masukkan 1/2 cawan air, lobak merah, daun limau purut dan garam gula secukup rasa.
4. Reneh dengan api sederhana.
5. Apabila air hampir kering, masukkan bawang potong.
6. Bila bawang hampir layu, tutup api dan hidangkan



Resepi : Sambal Sotong Pedas

Assalamualaikum...
sorry kalau Azim terlambat post entri kali ini, semalaman line internet ni semput..
jadinya, tu yang terkucil nak update blog tu.. maaf ye..
baiklah.. menu ekspress Ramadhan lagi, semalam Azim masak sotong!!! senang sangat masak seafood ni, tak payah masak lama-lama, kalau masak lama-lama nanti jadi getah..
actually, nak letak petai, tetapi.. petai dah habis buat masak pucuk ubi hari tu..
oleh itu, masak sambal sotong pedas je la.. ekspress membuatnya dan ekspress jugak habisnya..
Ayah memang suka gila sambal sotong. Kalau hari-hari ada masak, memang bertambah nasi la..



Bahan-bahannya :

1 kg sotong putih (Azim dapat sotong yang kecil-kecil, lagi best)
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia tua
*5 ulas cili api
*bahan kisaran
4 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar, potong kasar
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Panaskan minyak untuk menumis.
2. Masukkan bahan kisar dan cili kering berserta asam keping. Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong dan bawang potong. Kacau rata. Perisakan dengan garam dan gula.
4. Masak sehingga air sotong keluar. Bila air sotong mula nak menggelegak, kacau rata dan terus tutup api.
5. Boleh dihidangkan dengan nasi, adik Azim makan dengan pisang goreng.



Friday, July 12, 2013

Resepi : Ikan Tenggiri Masak Kicap Pedas

Assalamualaikum...
macam mana dengan puasa anda? ok tak? ke ada yang dah kantoi? Insyaallah, kaum Adam semua tak da alasan nak terpeleot, lain la kaum Hawa, tapi kaun Hawa jangan la buat-buat terpeleot..
Tangan sakit la hari ni, nak bancuh kuih tak larat, jari-jari ni sengal-sengal je.. dah la hujan, sejuk pula tu.. tumit pun sakit.. tu yang tak buat kuih tu, malas nak berdiri.. nak buat kuih sambil duduk tak best pulak.. oleh itu, hari ini masak seperti biasa je la.. yang special hari ini ialah ikan tenggiri masak kicap pedas.. huhu.. sedap.. menu ekspress bulan ramadhan..



Bahan-bahannya :

4 keping isi ikan tenggiri
Sedikit garam
Serbuk kunyit
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1/4 inci halia tua
*8 ulas cili api
*bahan ditumbuk lumat (disarankan menggunakan lesung batu berbanding pengisar)
2 sudu makan cili kering kisar
2 cawan air asam jawa (Azim guna setengah sudu makan asam jawa dicampur dengan 2 cawan air)
4 sudu besar kicap masin
1 ulas cili merah belah dua, tapi jangan putus
1/2 biji bawang besar (potong)
Minyak untuk menggoreng ikan dan menumis

Cara-cara membuatnya :
1. Ikan dibersihkan, kemudian dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng sehingga kekuningan, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
3. Kurangkan minyak menggoreng ikan tadi tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Masukkan bahan tumbuk, cili kering dan kicap.
5. Kacau rata dan masukkan air asam jawa.
6. Biarkan kuah kicap mereneh dengan api sederhana. Tak perlu letak garam tau.
7. Kemudian, masukkan ikan, cili merah dan bawang potong.
8. Masak sehingga kuah pekat dan boleh tutup api.
9. Sedia dihidang dengan nasi panas.



Resepi : Pucuk Ubi Racik Masak Tempoyak

Assalamualaikum..
Pucuk Ubi Racik Masak Tempoyak ini adalah antara masakan istimewa yang mama selalu masak, kenapa istimewa tu? hehe, tempoyaknya memang marvelous!!! kami buat tempoyak sendiri, Alhamdulillah, ada dusun durian sendiri.. Syukur.. pucuk ubi dan daun kunyit pun kami tanam sendiri.. Dengan santan segar dari kelapa yang baru parut cukup membuat iman seseorang tergoda especially bulan Ramadhan ni.. Yang istimewa kali ini ialah Azim makan dengan pisang goreng panas-panas, memang best.. dengan nasi pun terbaik.. tapi Azim diet nasi bulan puasa ni, makan dengan pisang je la..



Bahan-bahannya :

2 ikat pucuk ubi (diracik halus)
3 helai daun kunyit (diracik halus)
3 papan petai tua ,ambil isinya (petai yang Azim pakai pertengahan umur..hehe)
3 sudu makan cili api kisar (kepedasan bergantung)
1/2 biji bawang merah (mayang halus)
1 ulas bawah putih (mayang halus)
5 sudu makan tempoyak (boleh adjust tempoyaknya, nak pekat boleh tambah lagi)
1 batang serai diketuk
3 cawan santan pekat
1 cawan air
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk .
2. Masak sehingga menggelegak dan kesemua sayuran layu.
3. Tutup api.

Kalau Azim la kan, Azim biarkan sejuk sejam baru makan.. lagi best rasanya..


Wednesday, July 10, 2013

Resepi : Rendang Darat Mama

Assalamualaikum semua..
amacam first day puasa, penat tak? haha, Azim tak penat sebab dah biasa asik puasa sunat je sebelum ni...
hari ni masak buka puasa simple-simple saja, tak payah buat lauk grand sangat.. haha
yang kelakar pulak, hari ni giliran kitorang buat moreh, so Azim la tukang masak nya.. Azim decide nak buat bubur lambuk je la, belum pernah kat taman kitorang ni orang buat bubur lambuk untuk moreh, jadi sesiapa yang nak tahu resepi bubur lambuk, klik SINI..
ok, untuk buka puasa hari ni, Mama suruh buat rendang darat je.. kitorang pakai ayam je, Mama ada pelihara ayam lebih kurang 30 ekor kat dalam reban belakang rumah tu, kami sembelih la 5 ekor... save the rest untuk raya nanti..




Bahan-bahannya : 
1 ekor ayam (potong 16)
*2 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*3/4 inci halia tua
*1 inci lengkuas
*1 inci kunyit hidup
*5 batang cili merah
*15 batang cili api (cili boleh adjust mengikut tahap kepedasan anda, kitorang suka pedas!!)
*bahan kisar
2 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat + 1/2 cawan air
1 helai daun kunyit (mayang halus) 
Garam

Cara-cara membuatnya :
1. Masukkan bahan kisar dalam kuali (tak pakai minyak eh, tu yang namanya rendang darat tu)
2. Masukkan ayam bersama serai, kecutkan ayam sehingga air kering. Kalau ayam belum cukup kecut, tambahkan secawan air dan teruskan proses mengecut ayam.
3. Apabila ayam sudah kecut, masukkan santan. Masak sehingga menggelegak, perisakan dengan garam secukup rasa.
4. Kalau anda nak ayam ni kering, masak lama sikit sampai kering. Manakala kalau nak kuah-kuah sikit, tunggu menggelegak dan pekat.
5. Langkah terakhir, masukkan daun kunyit dan tutup api.
6. Sedap dimakan bersama nasi, nasi impit dan juga pulut.


Monday, July 8, 2013

Resepi : Bubur Lambuk Meletop

Assalamualaikum pembaca sekalian..
Azim nak ucap awal-awal ni, selamat menyambut ramadhan al mubarak!!! syukur kepadaNya sebab diberi peluang untuk berpuasa sekali lagi tahun ini..
so, dek menyambut puasa ni, terdetik la nak amal jariah sikit.. ye la, buat bekal kat sana nanti..
so, pegi la godek pakcik google cari resepi-resepi.. mula-mula nak buat bubur kacang biasa je.. tapi kacang takde la pulak..
sekali terpandang resepi bubur lambuk kampung baru.. Azim baca-baca resepinya macam susah.. tutup laptop, pegi dapur duduk termenung buat resepi sendiri.. fuh!fuh!fuh! keluar la resepi bubur lambuk Azim sendiri.. dah masak tu, sedekah la dekat jiran terdekat... huhu..

maka terjadila bubur ini..
Bahan-bahannya :
2 cawan beras biasa (rendam 30 minit)
300 gram daging lembu (dicincang sangat halus dan kecil-kecil)
2 paket kecil perencah sup
3 biji bawang besar (dimayang halus)
7 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia tua (ditumbuk)
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 sudu besar mentega/marjerin
1 genggam udang kering (ditumbuk kasar)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 ikat daun sup (dimayang)
1 ikat daun bawang (dimayang)
3 sudu besar minyak masak
1 helai daun pandan disimpul
2 cawan santan pekat
Air
Garam

Cara membuatnya :
1. Panaskan kuali. Azim gunakan kuali besar sebab lebih mudah mengacaunya berbanding periuk dan tak berkerak.
2. Masukkan mentega dan minyak masak.
3. Bila dah cair, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
4. Bila bawang-bawang dah layu, masukkan perencah sup yang dibancuh dengan sedikit air.
5. Masukkan daging dan tambah sedikit air berserta daun pandan.
6. Masak sehingga daging empuk dan tambah air jika perlu.
7. Toskan beras dan masukkan dalam kuali. Kacau rata dan masukkan air sehingga beras tidak kelihatan.
8. Masak sehingga beras kembang dan tambah air jika perlu.
9. Semasa beras sedang kembang, masukkan lobak merah dan udang kering.
(kalau suka, boleh masukkan mix veggies yang dah siap tu)
10. Bila beras sudah menjadi bubur dan sedikit kering, masukkan santan, daun bawang, dan daun sup.
11. Perisakan dengan garam dan masak sehingga menggelegak, tambah sedikit air kerana bubur akan menjadi pekat apabila sejuk nanti.
12. Tutup api dan hidangkan.

boleh la dihias dengan daun sup, daun bawang dan sedikit bawang goreng..
Alhamdulillah!! Selamat Berpuasa!!

Thursday, July 4, 2013

Resepi : Onde-onde Labu

Assalamualaikum..
selamat berpuasa for those yang puasa sunat tu.. Azim puasa.. buat preparation awal dah supaya perut yang comel ni tak terkejut nanti.. huahua..
so, seperti biasa, hanya Azim seorang je la yang puasa sunat hari ni.. so Azim buat kuih untuk diri sendiri je la.. kedekut kan??
so, tunggang terbalik Azim fikir kuih nak buat buka puasa seorang diri ini.. ingat nak buat kuih lapis lepas intai kat blog ibu yatie.. terliur tengok.. yum2.. tapi ketiadaan tepung beras pulak.. nak pegi kedai apatah hari hujan pulak..
so, Azim pergi la geledah peti ais tu, sekali ado labu!! hehe.. koci labu!!
hujan la!! menyahut mama... ko pegi la amik daun pisang kat belakang hujan lebat tu...
huhu.. tak jadi la.. sekali terpandang kelapa parut muda yang innocent itu..
hehe.. mari membuat onde-onde labu..
sebelum itu, saya nak minta maaf kepada pembaca sebab kebanyakkan kuih saya tak reti nak sukat especially pulut-pulut ni..
so, ikut dan baca betul-betul yer.. dengar cakap cikgu ni..!!





Bahan-bahannya :

Labu (ikut suka mana la nak banyak mana pun, direbus dan dilecek halus)
* kalau nak makan satu family dalam 5-6 orang tu, guna la suku labu
Tepung pulut putih
Garam
Gula melaka dipotong kiub

Cara membuatnya :
1. Uli labu dan tepung dengan garam (jangan letak air tau!!). Uli sehingga boleh dibentuk dan tak melekat kat tangan.
2. Ambil sedikit dan leperkan dan letak gula melaka dan bulat-bulatkan sampai habis.
3. Rebus dalam air panas sehingga terapung dan masukkan dalam air sejuk sekejap.
4. Toskan dan golekkan dalam kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.



SELAMAT BERBUKA PUASA UNTUK YANG BERPUASA SUNAT!!!

Resepi : Pengat Butir Nangka

Assalamualaikum...
tak sabar rasanya nak puasa kak oii..
lagi 6 hari jer.. yahooo!!!
excited lagi nak puasa daripada nak raya..
mana taknya, nak meniaga bulan puasa ni.. hehe..
back to our topic.. pengat oh pengat...
hari panas-panas macam ni mesti kena minum banyak air kosong..
tapi nenekku mengidam pengat.. so cucunya yang cantik molek ni la yang merealisasikan impiannya itu..
haha.. so kebetulan santan ada dalam peti ais tu.. Azim pun terus fikir nak buat pengat gandum..
pegi la amik tepung gandum dalam balang tu.. uli punya uli jadi liat semacam je.. mama pun menyahut.. itu tepung pulut la!! erkk apakaahh??
takpe,takpe.. kita buat je la..
saya pun bahagi dua, satu warna putih, satu warna hijau (pewarna original, daun pandan)
dan teringat la nak buat butir nangka ala kelantan tu...
nasib baik sedap.. yeye nenek makan.. terer tak cucu nenek ni buat.. huhu.. habis tu!!

         
santannya hijau sedikit sebab saya masukkan baki air pandan tu dalam santan.. semerbak harum sampai kedepan bau daun pandan..
                     
Bahan-bahan :

200g tepung pulut putih
Air daun pandan
Air suam
Garam
1 1/2 cawan santan pekat + 1 1/2 cawan air
Gula putih
Daun pandan (disimpul ayu)

Cara-cara membuatnya :

1. Uli tepung pulut dan sedikit garam dengan air sehingga tak melekat kat tangan dan bahagi dua, satu warna  putih dan satu lagi hijau.
2. Bentukkan macam kepompong ulat sutera.
3. Masak santan dan gula secukup manis bersama daun pandan.
4. Masukkan tepung pulut tadi dan masak sampai semua terapung.

bolehlah dimakan panas-panas ataupun sejuk.. Azim prefer panas-panas..

tak kreatif la, cacak daun pandan je mampu.. yang penting sodap!!
alhamdulillah.. satu lagi satisfaction yang dapat dilepaskan bila dapat buat family kita suka dan puas makan..
ok, mari type post untuk resepi lain pula..
bubye~~


Resepi : Koci Pulut Hitam

Assalamualaikum!!
entri kali ini merupakan entri yang paling dibenci oleh course mate Azim sebab ini favourite diorang.. haha
koci pulut hitam kan... sedap betul..
actually, Azim memang dah lama nak buat kuih ni.. teringin punya pasal, sekali jumpa tepung pulut hitam kat kedai, Azim beli la.. terus buat dan ngap.. auumm!!
hehe.. Azim nak nasihatkan korang la.. ada baiknya gunakan santan fresh yer untuk dadih tu, serious sedap dari santan kotak..
tanpa berleter panjang lagi, mari tengok resepinya

santannya menggoda jiwa


Bahan-bahan: (dapat lebih kurang 20 biji rasanya)

250 g tepung pulut putih
100 g tepung pulut hitam
Garam
Air
Santan (Azim beli yang paket kecil rm1 kat pasar tu)
Tepung beras
Inti kelapa

Cara membuatnya:

buat dadihnya dulu, kasi sejuk..
1. Santan dicampur secawan air dan dua sudu besar tepung beras dan garam secukup masin.
2. Kacau atas api sederhana sehingga naik wap dan tutup api. Sejukkan

doh
1. Uli tepung pulut dengan sedikit garam dan air sehingga membentuk doh yang boleh dibentuk dan tidak melekat pada tapak tangan anda.
2. Leperkan dan letak inti kelapa dan uli bulat-bulat.
3. Letak atas daun pisang dan letak sesudu makan dadih yang dah sejuk tadi.
4. Bungkus macam bungkus koci ler.
5. Kukus selama 10 minit sahaja.. not more not less..
6. Sejukkan kuih sebelum makan.




hehe.. ok.. tak mau tulis panjang-panjang.. banyak resepi menunggu ni..
bubye~~