selamat berpuasa for those yang puasa sunat tu.. Azim puasa.. buat preparation awal dah supaya perut yang comel ni tak terkejut nanti.. huahua..
so, seperti biasa, hanya Azim seorang je la yang puasa sunat hari ni.. so Azim buat kuih untuk diri sendiri je la.. kedekut kan??
so, tunggang terbalik Azim fikir kuih nak buat buka puasa seorang diri ini.. ingat nak buat kuih lapis lepas intai kat blog ibu yatie.. terliur tengok.. yum2.. tapi ketiadaan tepung beras pulak.. nak pegi kedai apatah hari hujan pulak..
so, Azim pergi la geledah peti ais tu, sekali ado labu!! hehe.. koci labu!!
hujan la!! menyahut mama... ko pegi la amik daun pisang kat belakang hujan lebat tu...
huhu.. tak jadi la.. sekali terpandang kelapa parut muda yang innocent itu..
hehe.. mari membuat onde-onde labu..
sebelum itu, saya nak minta maaf kepada pembaca sebab kebanyakkan kuih saya tak reti nak sukat especially pulut-pulut ni..
so, ikut dan baca betul-betul yer.. dengar cakap cikgu ni..!!
Labu (ikut suka mana la nak banyak mana pun, direbus dan dilecek halus)
* kalau nak makan satu family dalam 5-6 orang tu, guna la suku labu
Tepung pulut putih
Garam
Gula melaka dipotong kiub
Cara membuatnya :
1. Uli labu dan tepung dengan garam (jangan letak air tau!!). Uli sehingga boleh dibentuk dan tak melekat kat tangan.
2. Ambil sedikit dan leperkan dan letak gula melaka dan bulat-bulatkan sampai habis.
3. Rebus dalam air panas sehingga terapung dan masukkan dalam air sejuk sekejap.
4. Toskan dan golekkan dalam kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
SELAMAT BERBUKA PUASA UNTUK YANG BERPUASA SUNAT!!!
No comments:
Post a Comment