Monday, February 25, 2013

Resepi : Kaswi Gula Merah

Assalamualaikum..
Azim nak kongsi satu resepi kuih lama yang agak popular sebagai kuih di majlis-majlis kenduri, nak tau kenapa popular? sebab buatnya senang, kacau-kacau lepas tu kukus..
Sebenarnya, kena hati-hati juga buat kuih ni.. kena adjust kepekatannya supaya kuih kita nanti tak keras dan tak terlalu lembik. Kalau buat kuih ni, Azim tak pernah sukat-sukat.. main agak-agak je sebab nak sukat susah sikit.. tapi Azim masih guna resepi Azim sendiri dan terpaksa menyukat masa nak buat panduan adik-adik di masa hadapan..
kalau Azim nak gambarkan kepekatan bancuhan kaswi yang best, bila kita angkat guna sudu kemudian curah balik, bancuhan tu mengalir tak putus dan lancar laju je ,tapi tak terlalu cair macam air.. kalau korang cuba buat kan, letak air sikit-sikit, pastu test sampai curahan airnya lancar laju tu Insyaallah dah ok la tu..




Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur makan
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan gula pasir
8 cawan air
1 sudu makan kicap manis
Kelapa parut muda
Garam

Cara membuatnya:
1. Masak gula merah dan gula putih dengan secawan air hingga larut.
2. Biarkan sejuk seketika dan tapis.
3. Bancuh tepung gandum, tepung ubi dan air kapur dengan 7 cawan air.
4. Campurkan bersama air gula. Kacau rata dan tapis.
5. Oles acuan dengan minyak (Azim guna talam segi empat, boleh juga guna acuan lompang)
6. Masukkan bancuhan dalam talam, dan kukus selama 20 minit.
(Azim balut tudung kukus dengan kain sebab kukus Azim dan berumur, airnya menitik nanti kuih tak cantik)
7. Sejukkan kuih betul-betul sebelum potong.
8. Kalau dah potong, boleh la dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan secubit garam.
(Azim kukus kelapa parut supaya tahan lama)



Sunday, February 24, 2013

Resipi : Talam Tepung

Assalamualaikum..
kali ni post short and sweet je..
kuih talam tepung ni jarang orang buat sebab kemunculan pelbagai talam moden macam talam samsung, talam iphone, talam dua muka.. (kelakar tak jadi..)
sesetengah orang tak berapa minat dengan kuih klasik ni.
tapi Azim peduli apa.. yang penting Azim dapat kongsi resepi temurun nenekku ni.. hehe..
sebelum itu, pada mana-mana pembaca atau blogger masakan yang lain, kebanyakkan resepi saya adalah resepi asal saya yang diajar oleh nenek.. kalau ada kebetulan tu minta maaf yer..
okay, mari jengah resepi ku ini.......

Bahan-bahannya:

Lapisan atas
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat + 1 cawan air
Garam

Lapisan bawah
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung ubi
1/2 cawan gula merah
1 cawan gula putih
2 cawan air

Cara membuatnya

Lapisan bawah
1. Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga larut dan tapiskan.
2. Air gula tu sejukkan dulu.
3. Bancuh kesemua bahan dan tapis lalu dikukus selama 15 minit.

Lapisan atas
1. Bancuh kesemua bahan dan tapis.
2. Masak atas api sederhana sehingga naik wap dan meletup-letup.
3. Sebelum tuang atas lapisan bawah, cakar sikit permukaan lapisan baru dicurah.
4. Kukus kembali dalam 15 minit
4. Sejukkan kuih sebelum dipotong.

Friday, February 22, 2013

Resepi : Seri Muka

Assalamualaikum..
Akhirnya, setelah beberapa eksperimen dengan pelbagai resepi , menangis pon ada.. jadi jugak kuih seri muka Azim ni.. fuhh..
kebetulan ada pulut sikit dalam peti ais tu, kelapa parut pon ada nak dibuat santan, makcik Azim terbeli sampai 4 biji kelapa nak buat gaul dengan apam.. lebih simpan kat tempat beku.. elok pulak tu..
jadinya, lepas sahur tadi pegi la rendam pulut, tengah hari la baru kejadiannya berlaku




Bahan-bahannya : (loyang 10"x10"x2")

Lapisan bawah (pulut)
2 cawan beras pulut (direndam sekurang-kurangnya 4 jam, seelok-eloknya semalaman)
Santan pekat
1 sudu kecil garam
Daun pandan (simpul)

Lapisan atas
2 1/2 cawan tepung kastad
2 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus (nak manis atau tak, boleh diadjust)
4 biji telur
3 cawan santan (Azim buat 2 cawan pekat, 1 cawan air)
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
1 sudu kecil air kapur makan
1 sudu kecil garam

Cara membuatnya
1. Panaskan kukusan.
2. Alaskan loyang dengan plastik, Azim pakai wrapping plastic je. Sapukan sedikit minyak atas plastik itu.
3. Masukkan beras pulut dan santan. Sukatan santan ialah sehingga beras pulut tenggelam, kira macam separas dengan beras pulut tu la.
4. Masukkan garam dan kacau sekata. Letak daun pandan.
5. Kukus selama 30-40 minit.
6. Sementara itu, campurkan semua bahan lapisan bawah, Nak halus blender la, lepas tu tapiskan.
7. Masukkan dalam periuk dan masak sekejap atas api kecil hingga naik wap.
8. Padatkan dan cakar sikit lapisan pulut kemudian curahkan bancuhan.
9. Kukus kembali selama 30 minit. Untuk mengelakkan air kukusan menitik atas permukaan kuih, Azim alas balut tutup kukusan dengan kain.
10. Dah masak kemudian sejukkan, dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan potong.




Thursday, February 21, 2013

Resepi : Keria Keledek Putih

Assalamualaikum..
kalau petang-petang macam ni, mak Azim selalu melayan drama filipina dia kat tv 133 tu.. bosan betul, jalan ceritanya sama je.. macam cerita indon.. huu~~
jadinya, dek nak menghilangkan kebosanan itu, Azim ke dapur dan kebetulan ternampak keledek terbaring di dalam bekas kentang dalam almari bahan kering tu.. apa lagi, kita bikin kuih la..

Bahan-bahannya :

* Doh keledek
3 biji keledek putih (saiz sederhana)
Tepung gandum
Garam

*Sira gula
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-cara membuatnya :
1. Kupas keledek dan potong kecil.
2. Rebus sehingga keledek empuk. dengan sedikit garam.
3. Bila dah empuk, toskan kemudian lecek sehingga halus.
4. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehinnga membentuk doh lembut serta tidak melekat pada tapak tangan.
5. Goreng sehingga berwarna perang.
6. Masak gula dan air sehingga likat dan masukkan kuih tadi. Kecilkan api, Kaup balik dengan sudip sehingga kering.

Wednesday, February 20, 2013

Resepi : Koci Labu

Assalamualaikum,
selamat bertemu kembali, kali ni Azim nak kongsi resepi kuih koci, bukan koci pulut hitam tau.. koci labu.. bagi penggemar kuih koci di luar sana, mesti jarang jumpa koci labu kan.. untuk pengetahuan anda, koci labu ni heaven sangat rasanya.. makan satu mesti nak lagi.. mana tak heaven, labu tu dah la sedap.. ada rasa lemak-lemak masin sikit.. tambah pula dengan inti kelapa yang best.. memang terbaik!!


Bahan-bahannya : untuk 7-8 orang makan

Daun pisang dilayur dan dipotong bulat.

* Doh 
1/2 biji labu sederhana besar
Tepung pulut
Tepung gandum
Garam

* Inti kelapa
1 biji kelapa parut muda
1 cawan gula merah
2 1/2 cawan gula putih
2 cawan air
Sehelai daun pandan disimpul

* Dadih
1 cawan santan pekat + 1/2 cawan air
2 sudu makan tepung beras
Sedikit garam

Cara-cara membuatnya:

Inti kelapa
1. Masakkan gula merah dan gula putih dengan air. Bila dah larut, tapiskan.
2. Masukkan kelapa dan daun pandan.
3. Semasa kelapa dah nak kering, Azim masukkan 2-3 cubit tepung gandum untuk kasi dia keras sikit, kalau berair sangat, nanti masa nak buat kuihnya.. meleleh-leleh air gula.
4. Bila dah kering, sejukkan.

Dadih
1. Kacau semua bahan atas api kecil sehingga naik wap dan tutup api, Sejukkan.

Doh
1. Kupas kulit labu dan potong kecil.
2. Rebus labu sehingga empuk dan toskan.
3. Lecekkkan labu dan masukkan sedikit garam.
4. Masukkan 2 sudu makan tepung gandum dan masukkan juga tepung pulut sedikit demi sedikit serta uli sehingga membentuk doh lembut.

Ambil sedikit doh dan leperkan atas tapak tangan. Letakkan inti kelapa. Bulatkan doh kembali dan letak atas daun pisang. Kemuadian, letak sesudu makan dadih dan bungkus seperti bungkus koci. Kukus selama 10 minit dan sejukkan dulu sebelum makan.



Resepi : Karipap Kentang

Assalamualaikum..
hai kawan-kawan, saudara saudari, atuk dan nenek, cucu dan cicit..
mungkin Azim ni dah ketinggalan zaman nak share resepi kuih paling popular ni tapi peduli peduli apa!! huhu
dah macam-macam resepi karipap yang Azim cuba.. tapi takde satu pun yang berkenan kat tekak kita ni
setelah sedikit tunjuk ajar daripada nenek Azim.. Datang la idea sendiri nak buat resepinya itu..
setelah mencuba, memang terbukti resepiku ini best, rangup sungguh karipap itu kejadiannya.. bila sejuk pun masih rangup..

Bahan-bahannya (dapat dalam 50 biji rasanya, bergantung kepada saiz)

Doh kulit
500 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu makan marjerin/buttercup/mentega
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Inti kentang
10 biji kentang (dipotong dadu kecil)
*2 biji bawang merah besar
*4 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*Segenggam ikan bilis
*bahan kisar
2 sudu besar serbuk kari (ikut suka hati la, nak rasa lebih karinya letaklah banyak)
Garam dan gula
Daun kari

Cara-cara membuatnya

Inti kentang
1. Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bahan kisar.
2. Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air dan dimasukkan ke dalam kuali itu.
3. Masukkan kentang dan daun kari. Masukkan juga air supaya kentang empuk.
4. Bila sudah kering, sejukkan dahulu.

Doh kulit
1. Panaskan minyak dan marjerin,
2. Tuangkan minyak panas dalam adunan tepung dan kacau perlahan guna sudu.
3. Tambah air sedikit demi sedikit sampai terbentuk doh lembut.
4. Bulatkan kecil-kecil dan biarkan doh seketika supaya lebih lembut.

Untuk membuat karipapnya, leperkan doh dan letak satu sudu makan inti kemudian dikelim sama ada menggunakan acuan atau tangan.. Azim kelim guna acuan dulu baru kelim tangan, selamat sikit bila nak goreng.. ada juga petua orang lain ajar untuk mengelakkan karipap terbuka bila menggoreng ialah bancuh sesudu makan tepung gandum dengan sedikit air untuk menjadi gam antara dua sisi karipap itu. entahlah, Azim belum pernah cuba sebab setakat ni, semua karipap yang Azim buat ok saja.

Tuesday, February 19, 2013

Salam Mukaddimah

Assalamualaikum semua..
Azim kini bangkit semula dengan blog baharu, dah insaf dah nak mengata orang ni..
tak dapat faedah pun.. haha, bajet betul kan..
tapi mulut laser dan komen pedas memang tak dapat dipisahkan daripada Azim..
Insyaallah, saya cuba sebaik mungkin untuk blog akan datang ni tak post benda jahat lagi.. hehe..
Untuk makluman kalian, berdasarkan header saya tu.. tengok la atas..
my upcoming posts will be my ancient recipes of various type of kuih muih, food, bakery dan apa-apa resepi yang boleh dikongsi dan pelbagai tips masakan yang diturunkan turun temurun dari moyang, nenek, makcik Azim..
So, korang just perlu tunggu je la..
Azim malas nak taip panjang-panjang untuk mukaddimah ni..
see you then till the next post..