Sunday, March 24, 2013

Resepi : Roti Jala Kari Ayam

Assalamualaikum kawan-kawan..
selalunya roti jala ni bulan puasa je dapat makan, hari-hari biasa macam ni memang susah nak jumpa.. nasib la baru dapat resepi daripada tok guru kiah, Azim pon buat la satu bancuhan, amik kau! tak cukup satu bancuhan, selera naga betul orang dalam rumah ni.. sedap katanya.. Azim bab masak-masak ni terer la, bab rasa merasa ni kurang la..


Bahan-bahannya:

Aduanan roti jala

3 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna kuning

Cara membuatnya:
1. Blend semua bahan di atas dan tapis.
2. Panaskan kuali leper anda dengan api kecil.
3. Kalau dah panas, tebarkan jala anda dan biar sehingga masak. tak payah terbalikkan tau.
Tanda-tanda dah masak ialah, tepung tu akan terangkat sikit tepinya, bolehlah angkat.

Kuah roti jala:

4 keping dada ayam , potong kecil
1 biji kentang, dipotong dadu kecil-kecil
*Bahan kisar
2 biji bawang besar (kalau kecil)*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
2 sudu besar cili kering (kisar)
1 paket kecil rempah kari
1 cawan santan pekat
Air

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisaran.
2. Kalau bau dah wangi, masukkan rempah kari dan sedikit cili kering kisar.
3. Masukkan ayam, kentang dan air secukupnya.
4. Bila dah lembut, masukkan santan dan perisakan dengan garam.
5. Bila menggelegak, boleh ditutup api,


Thursday, March 7, 2013

Resepi : Tepung Pelita

Assalamualaikum..
Azim nak share dengan semua pemabaca resepi kuih tepung pelita hari ini, resepi asal resipi ini ialah daripada makcik kantin tempat Azim kerja.. tapi Azim ubahsuai mengikut selera Azim sendiri.
Mudah saja, tak perlu kukus, cuma kacau atas api dan curah dalam acuan, tup tup.. terus makan..easy right?




Bahan-bahannya:

Acuan daun pisang/daun pandan/cup kecil

* Lapisan bawah
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
1 sudu kecil air kapur
Sedikit pewarna hijau

* Lapisan atas
4 cawan santan, Azim guna sebiji kelapa dan perah sehingga dapat empat cawan.. sederhana pekat
4 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam , nak lebih sikit pun takpe, lemak-lemak masin sedap gitu

Cara-cara membuatnya :
1. Bancuh semua bahan lapisan bawah sehingga larut dan tapiskan.
2. Masak atas api sederhana kecil sehingga naik wap dan membentuk gelembung-gelembung besar di atas permukaannya.
3. Tutup api dan masukkan bancuhan ke dalam acuan. Masukkan separuh acuan sahaja.
4. Bancuh pula lapisan atas dan tapiskan.
5. Sama juga, masak lapisan atas sehingga naik wap dan membentuk gelembung-gelembung besar di atas permukaannya lalu curahkan atas lapisan hijau dalam acuan masing-masing.
6. Boleh dimakan panas-panas atau sejuk.