Assalamualaikum...
macam mana dengan puasa anda? ok tak? ke ada yang dah kantoi? Insyaallah, kaum Adam semua tak da alasan nak terpeleot, lain la kaum Hawa, tapi kaun Hawa jangan la buat-buat terpeleot..
Tangan sakit la hari ni, nak bancuh kuih tak larat, jari-jari ni sengal-sengal je.. dah la hujan, sejuk pula tu.. tumit pun sakit.. tu yang tak buat kuih tu, malas nak berdiri.. nak buat kuih sambil duduk tak best pulak.. oleh itu, hari ini masak seperti biasa je la.. yang special hari ini ialah ikan tenggiri masak kicap pedas.. huhu.. sedap.. menu ekspress bulan ramadhan..
Bahan-bahannya :
4 keping isi ikan tenggiri
Sedikit garam
Serbuk kunyit
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1/4 inci halia tua
*8 ulas cili api
*bahan ditumbuk lumat (disarankan menggunakan lesung batu berbanding pengisar)
2 sudu makan cili kering kisar
2 cawan air asam jawa (Azim guna setengah sudu makan asam jawa dicampur dengan 2 cawan air)
4 sudu besar kicap masin
1 ulas cili merah belah dua, tapi jangan putus
1/2 biji bawang besar (potong)
Minyak untuk menggoreng ikan dan menumis
Cara-cara membuatnya :
1. Ikan dibersihkan, kemudian dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng sehingga kekuningan, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
3. Kurangkan minyak menggoreng ikan tadi tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Masukkan bahan tumbuk, cili kering dan kicap.
5. Kacau rata dan masukkan air asam jawa.
6. Biarkan kuah kicap mereneh dengan api sederhana. Tak perlu letak garam tau.
7. Kemudian, masukkan ikan, cili merah dan bawang potong.
8. Masak sehingga kuah pekat dan boleh tutup api.
9. Sedia dihidang dengan nasi panas.
No comments:
Post a Comment