Monday, July 8, 2013

Resepi : Bubur Lambuk Meletop

Assalamualaikum pembaca sekalian..
Azim nak ucap awal-awal ni, selamat menyambut ramadhan al mubarak!!! syukur kepadaNya sebab diberi peluang untuk berpuasa sekali lagi tahun ini..
so, dek menyambut puasa ni, terdetik la nak amal jariah sikit.. ye la, buat bekal kat sana nanti..
so, pegi la godek pakcik google cari resepi-resepi.. mula-mula nak buat bubur kacang biasa je.. tapi kacang takde la pulak..
sekali terpandang resepi bubur lambuk kampung baru.. Azim baca-baca resepinya macam susah.. tutup laptop, pegi dapur duduk termenung buat resepi sendiri.. fuh!fuh!fuh! keluar la resepi bubur lambuk Azim sendiri.. dah masak tu, sedekah la dekat jiran terdekat... huhu..

maka terjadila bubur ini..
Bahan-bahannya :
2 cawan beras biasa (rendam 30 minit)
300 gram daging lembu (dicincang sangat halus dan kecil-kecil)
2 paket kecil perencah sup
3 biji bawang besar (dimayang halus)
7 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia tua (ditumbuk)
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 sudu besar mentega/marjerin
1 genggam udang kering (ditumbuk kasar)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 ikat daun sup (dimayang)
1 ikat daun bawang (dimayang)
3 sudu besar minyak masak
1 helai daun pandan disimpul
2 cawan santan pekat
Air
Garam

Cara membuatnya :
1. Panaskan kuali. Azim gunakan kuali besar sebab lebih mudah mengacaunya berbanding periuk dan tak berkerak.
2. Masukkan mentega dan minyak masak.
3. Bila dah cair, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
4. Bila bawang-bawang dah layu, masukkan perencah sup yang dibancuh dengan sedikit air.
5. Masukkan daging dan tambah sedikit air berserta daun pandan.
6. Masak sehingga daging empuk dan tambah air jika perlu.
7. Toskan beras dan masukkan dalam kuali. Kacau rata dan masukkan air sehingga beras tidak kelihatan.
8. Masak sehingga beras kembang dan tambah air jika perlu.
9. Semasa beras sedang kembang, masukkan lobak merah dan udang kering.
(kalau suka, boleh masukkan mix veggies yang dah siap tu)
10. Bila beras sudah menjadi bubur dan sedikit kering, masukkan santan, daun bawang, dan daun sup.
11. Perisakan dengan garam dan masak sehingga menggelegak, tambah sedikit air kerana bubur akan menjadi pekat apabila sejuk nanti.
12. Tutup api dan hidangkan.

boleh la dihias dengan daun sup, daun bawang dan sedikit bawang goreng..
Alhamdulillah!! Selamat Berpuasa!!

1 comment:

  1. Sedap nampaknya ni. Pandai orang bujang masak e...

    ReplyDelete