Sunday, February 24, 2013

Resipi : Talam Tepung

Assalamualaikum..
kali ni post short and sweet je..
kuih talam tepung ni jarang orang buat sebab kemunculan pelbagai talam moden macam talam samsung, talam iphone, talam dua muka.. (kelakar tak jadi..)
sesetengah orang tak berapa minat dengan kuih klasik ni.
tapi Azim peduli apa.. yang penting Azim dapat kongsi resepi temurun nenekku ni.. hehe..
sebelum itu, pada mana-mana pembaca atau blogger masakan yang lain, kebanyakkan resepi saya adalah resepi asal saya yang diajar oleh nenek.. kalau ada kebetulan tu minta maaf yer..
okay, mari jengah resepi ku ini.......

Bahan-bahannya:

Lapisan atas
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat + 1 cawan air
Garam

Lapisan bawah
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung ubi
1/2 cawan gula merah
1 cawan gula putih
2 cawan air

Cara membuatnya

Lapisan bawah
1. Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga larut dan tapiskan.
2. Air gula tu sejukkan dulu.
3. Bancuh kesemua bahan dan tapis lalu dikukus selama 15 minit.

Lapisan atas
1. Bancuh kesemua bahan dan tapis.
2. Masak atas api sederhana sehingga naik wap dan meletup-letup.
3. Sebelum tuang atas lapisan bawah, cakar sikit permukaan lapisan baru dicurah.
4. Kukus kembali dalam 15 minit
4. Sejukkan kuih sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment