Wednesday, February 20, 2013

Resepi : Koci Labu

Assalamualaikum,
selamat bertemu kembali, kali ni Azim nak kongsi resepi kuih koci, bukan koci pulut hitam tau.. koci labu.. bagi penggemar kuih koci di luar sana, mesti jarang jumpa koci labu kan.. untuk pengetahuan anda, koci labu ni heaven sangat rasanya.. makan satu mesti nak lagi.. mana tak heaven, labu tu dah la sedap.. ada rasa lemak-lemak masin sikit.. tambah pula dengan inti kelapa yang best.. memang terbaik!!


Bahan-bahannya : untuk 7-8 orang makan

Daun pisang dilayur dan dipotong bulat.

* Doh 
1/2 biji labu sederhana besar
Tepung pulut
Tepung gandum
Garam

* Inti kelapa
1 biji kelapa parut muda
1 cawan gula merah
2 1/2 cawan gula putih
2 cawan air
Sehelai daun pandan disimpul

* Dadih
1 cawan santan pekat + 1/2 cawan air
2 sudu makan tepung beras
Sedikit garam

Cara-cara membuatnya:

Inti kelapa
1. Masakkan gula merah dan gula putih dengan air. Bila dah larut, tapiskan.
2. Masukkan kelapa dan daun pandan.
3. Semasa kelapa dah nak kering, Azim masukkan 2-3 cubit tepung gandum untuk kasi dia keras sikit, kalau berair sangat, nanti masa nak buat kuihnya.. meleleh-leleh air gula.
4. Bila dah kering, sejukkan.

Dadih
1. Kacau semua bahan atas api kecil sehingga naik wap dan tutup api, Sejukkan.

Doh
1. Kupas kulit labu dan potong kecil.
2. Rebus labu sehingga empuk dan toskan.
3. Lecekkkan labu dan masukkan sedikit garam.
4. Masukkan 2 sudu makan tepung gandum dan masukkan juga tepung pulut sedikit demi sedikit serta uli sehingga membentuk doh lembut.

Ambil sedikit doh dan leperkan atas tapak tangan. Letakkan inti kelapa. Bulatkan doh kembali dan letak atas daun pisang. Kemuadian, letak sesudu makan dadih dan bungkus seperti bungkus koci. Kukus selama 10 minit dan sejukkan dulu sebelum makan.



No comments:

Post a Comment