Wednesday, February 20, 2013

Resepi : Karipap Kentang

Assalamualaikum..
hai kawan-kawan, saudara saudari, atuk dan nenek, cucu dan cicit..
mungkin Azim ni dah ketinggalan zaman nak share resepi kuih paling popular ni tapi peduli peduli apa!! huhu
dah macam-macam resepi karipap yang Azim cuba.. tapi takde satu pun yang berkenan kat tekak kita ni
setelah sedikit tunjuk ajar daripada nenek Azim.. Datang la idea sendiri nak buat resepinya itu..
setelah mencuba, memang terbukti resepiku ini best, rangup sungguh karipap itu kejadiannya.. bila sejuk pun masih rangup..

Bahan-bahannya (dapat dalam 50 biji rasanya, bergantung kepada saiz)

Doh kulit
500 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu makan marjerin/buttercup/mentega
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Inti kentang
10 biji kentang (dipotong dadu kecil)
*2 biji bawang merah besar
*4 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*Segenggam ikan bilis
*bahan kisar
2 sudu besar serbuk kari (ikut suka hati la, nak rasa lebih karinya letaklah banyak)
Garam dan gula
Daun kari

Cara-cara membuatnya

Inti kentang
1. Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bahan kisar.
2. Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air dan dimasukkan ke dalam kuali itu.
3. Masukkan kentang dan daun kari. Masukkan juga air supaya kentang empuk.
4. Bila sudah kering, sejukkan dahulu.

Doh kulit
1. Panaskan minyak dan marjerin,
2. Tuangkan minyak panas dalam adunan tepung dan kacau perlahan guna sudu.
3. Tambah air sedikit demi sedikit sampai terbentuk doh lembut.
4. Bulatkan kecil-kecil dan biarkan doh seketika supaya lebih lembut.

Untuk membuat karipapnya, leperkan doh dan letak satu sudu makan inti kemudian dikelim sama ada menggunakan acuan atau tangan.. Azim kelim guna acuan dulu baru kelim tangan, selamat sikit bila nak goreng.. ada juga petua orang lain ajar untuk mengelakkan karipap terbuka bila menggoreng ialah bancuh sesudu makan tepung gandum dengan sedikit air untuk menjadi gam antara dua sisi karipap itu. entahlah, Azim belum pernah cuba sebab setakat ni, semua karipap yang Azim buat ok saja.

1 comment:

  1. wah sedapnya..belum pernah buat karipap tapi nak belajar buat bisnes hehe..

    ReplyDelete