Friday, February 22, 2013

Resepi : Seri Muka

Assalamualaikum..
Akhirnya, setelah beberapa eksperimen dengan pelbagai resepi , menangis pon ada.. jadi jugak kuih seri muka Azim ni.. fuhh..
kebetulan ada pulut sikit dalam peti ais tu, kelapa parut pon ada nak dibuat santan, makcik Azim terbeli sampai 4 biji kelapa nak buat gaul dengan apam.. lebih simpan kat tempat beku.. elok pulak tu..
jadinya, lepas sahur tadi pegi la rendam pulut, tengah hari la baru kejadiannya berlaku




Bahan-bahannya : (loyang 10"x10"x2")

Lapisan bawah (pulut)
2 cawan beras pulut (direndam sekurang-kurangnya 4 jam, seelok-eloknya semalaman)
Santan pekat
1 sudu kecil garam
Daun pandan (simpul)

Lapisan atas
2 1/2 cawan tepung kastad
2 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus (nak manis atau tak, boleh diadjust)
4 biji telur
3 cawan santan (Azim buat 2 cawan pekat, 1 cawan air)
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
1 sudu kecil air kapur makan
1 sudu kecil garam

Cara membuatnya
1. Panaskan kukusan.
2. Alaskan loyang dengan plastik, Azim pakai wrapping plastic je. Sapukan sedikit minyak atas plastik itu.
3. Masukkan beras pulut dan santan. Sukatan santan ialah sehingga beras pulut tenggelam, kira macam separas dengan beras pulut tu la.
4. Masukkan garam dan kacau sekata. Letak daun pandan.
5. Kukus selama 30-40 minit.
6. Sementara itu, campurkan semua bahan lapisan bawah, Nak halus blender la, lepas tu tapiskan.
7. Masukkan dalam periuk dan masak sekejap atas api kecil hingga naik wap.
8. Padatkan dan cakar sikit lapisan pulut kemudian curahkan bancuhan.
9. Kukus kembali selama 30 minit. Untuk mengelakkan air kukusan menitik atas permukaan kuih, Azim alas balut tutup kukusan dengan kain.
10. Dah masak kemudian sejukkan, dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan potong.




No comments:

Post a Comment