fuh~ cukup lama Azim tak update blog masakan yang popular lagi meletop di pasaran sekarang ni.. busy dengan assignment final exam ni kan.. ni pun curi masa sebab ada gap seminggu lebih until the next paper..
Actually, saya sedang practice berpuasa, harapnya puasa terus sampai ramadhan.. ada la impian nak turun berat badan sikit.. turun sekilo dua pon jadi la.. hehe..
so, masa lepas paper first hari tu, terus balik rumah la.. apa ke hal Azim nak bertapa kat UKM sampai seminggu lebih tunggu paper seterusnya, dengan segan silunya pun merempit la diselangi hati yang bahagia atas jalan raya yang tak ramai orang tu..
balik rumah je.. automatik kepala otak akan pikir menu masakan untuk esok hari.. hurmmmm.. setelah hampir tergolek terlentang berfikir nak masak apa .. muncul la idea nak masak nasi ayam sunquick ni.. hurmm.. mesti korang pelik kan dengar sunquick tu.. hehe.. ini adalah resepi istimewa yang mama Azim belajar dari entah tok guru mana tah.. tapi memang sedap dan tak dapat dinafikan kesedapannya bila dicampur pulak dengan resepi istimewa yang Azim pelajari dari tok guru kiah .. hehe..
so, untuk mengelakkan korang berasa ghairah lagi tertanya-tanya.. mari jenguk resipi nasi ayam sunquick yang sedap lagi gebusss ni
gambar tak cantik, tak macam blogger lain.. huuu~~ |
Bahan-bahannya : (cukup untuk 5 orang makan)
Seekor ayam dibelah empat (kaki ayam dan leher tak payah, selain itu ambil kulit ayam yang elok dalam 4 helai kulit ayam)
3 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga (tak suka letak banyak sebab takut tergigit~pahit jah oii)
3 biji bawang besar*dikisar
4 ulas bawang putih*dikisar
1/2 inci halia tua*dikisar
2 sudu besar marjerin
3 sudu besar minyak masak
1 batang serai*dititik
Pewarna kuning
2 sudu besar pati oren sunquick
Air
Garam
Cara-cara membuatnya :
Nasi ayam:
1. Rebus ayam dengan air yang banyak (sampai ayamnya tenggelam) sehingga ayam betul-betul empuk dan masak.
2. Toskan ayam tersebut tetapi jangan dibuang air rebusan itu.
3. Guna rice cooker yer.
4. Panaskan marjerin dan minyak masak. Tumis bahan kisar dalam 3-4 sudu makan. Bila dah wangi, masukkan kulit ayam, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga serta serai yang dititik.
5. Tunggu sehingga kayu manis terbuka dan masukkan beras.
6. Kacau rata dan masukkan air rebusan ayam tadi dalam kuantiti 4 cawan.
7. Masukkan pati oren sunquick, garam dan titikkan sedikit pewarna.
8. Biarkan nasi masak, kalau mentah , kukus sahaja atau masukkan cawan yang berisi air dalam rice cooker tersebut dan tekan cook semula. Insyaallah nasi akan masak dengan gebusnya.
Sup :
1. Air lebihan rebusan ayam jangan dibuang, bahagi dua bahagian. Masukkan 2 sudu makan bahan kisar tadi dan masukkan sup bunjut serta kaki ayam dan leher ayam. Tambah lagi air kalau perlu. Perisakan dengan garam dan masak sampai kaki ayam tertanggal.
Sambal kicap :
1. Air rebusan yang satu bahagian tadi di campur dengan sedikit kicap masin. Tekstur sambal kicap terpulang kepada anda. Potongkan cili api ke dalam kicap tersebut dan masakkan atas api sederhana sehingga mendidih.
Ayam goreng :
1. Ayam yang dorebus tadi dilumur dengan garam dan kunyit seperti biasa. Gaulkan dengan lebihan bahan kisar (kalau tak cukup, blend la lagi), sos tiram dan sedikit kicap masin (jangan banyak sangat)
2. Goreng ayam seperti biasa, jangan terlalu lama sebab ayam dah masak direbus tadi.
Sambal cili :
1. Kisar 10 tangkai cili merah dan 6 ulas bawang putih berserta air.
2, Masukkan 4 sudu makan sos cili.
3. Masak atas api sederhana dan tambahkan garam gula mengikut cita rasa anda.
4. Bila dah menggelegak, tutup api dan sejukkan.
Nasi ayam anda dah masak!!!!
bye-bye~~
unik! boleh buat masa open house nihh.. :)
ReplyDelete