Sunday, April 28, 2013

Resepi : Kuih Kasturi

Assalamualaikum!!!
lama gila tak jenguk blog diva meletup ni.. busy la katakan, bila nak update masa cuti mid sem busy memanjang jer. pagi kerja, malam dah penat... tangguh la dulu..
so, Azim dah peram banyak resepi nak tunjuk kat korang ni.. haha.. jeng jeng jeng!!

ok, back to our topic, Azim sebenarnya dah ketandusan idea kuih apa nak buat, so tanya la nenek.. dia kata buat la kuih kasturi.. hoho, ya tak ya jugak.. Azim belum pernah buat kuih ni, selalu beli je.. tapi yang tak suka adalah yang jual ni buat tak sedap and ada kacangnya yang still tak empuk..
so, Azim pun pegi la beli kacang hijau dan memulakan la prosesnya..

Bahan-bahan (dapat dalam 30 biji *bergantung kepada saiz kuih itu)

*Pes kacang hijau
500 g kacang hijau (direndam semalaman)
500 g gula pasir
Air secukupnya untuk merebus kacang
Sedikit garam

*Tepung goreng (Pekat sikit tau, nanti kalau cair dia tak salut kuih tu)
1 cawan tepung gandum
3 sudu makan tepung beras
1 sudu besar marjerin
Sedikit pewarna kuning
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara-cara membuatnya:
1. Kacang hijau yang dah direndam semalaman itu kemudiannya direbus dan masak sampai empuk. Kalau kering tambah la air.
2. Bila dan betul-betul empuk, kacang tu akan kembang dan pecah.
3. Then dia akan start kering, pastu korang masukkan gula pasir dan sedikit garam.
4. Dia akan berair balik tau, so korang masak la sampai dia jadi kering.
5. Kemudian sejukkan semalaman.
6. Blender je tepung goreng tu, pastu korang bulat and leperkan pes kacang tadi, celup pastu goreng sampai masak. Ala, macam goreng pisang je.. senang kan...


Okay, nanti Azim nak post kuih lain pulak.. so tunggu selepas ini yer.. hehehe...

No comments:

Post a Comment