Thursday, March 7, 2013

Resepi : Tepung Pelita

Assalamualaikum..
Azim nak share dengan semua pemabaca resepi kuih tepung pelita hari ini, resepi asal resipi ini ialah daripada makcik kantin tempat Azim kerja.. tapi Azim ubahsuai mengikut selera Azim sendiri.
Mudah saja, tak perlu kukus, cuma kacau atas api dan curah dalam acuan, tup tup.. terus makan..easy right?




Bahan-bahannya:

Acuan daun pisang/daun pandan/cup kecil

* Lapisan bawah
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
1 sudu kecil air kapur
Sedikit pewarna hijau

* Lapisan atas
4 cawan santan, Azim guna sebiji kelapa dan perah sehingga dapat empat cawan.. sederhana pekat
4 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam , nak lebih sikit pun takpe, lemak-lemak masin sedap gitu

Cara-cara membuatnya :
1. Bancuh semua bahan lapisan bawah sehingga larut dan tapiskan.
2. Masak atas api sederhana kecil sehingga naik wap dan membentuk gelembung-gelembung besar di atas permukaannya.
3. Tutup api dan masukkan bancuhan ke dalam acuan. Masukkan separuh acuan sahaja.
4. Bancuh pula lapisan atas dan tapiskan.
5. Sama juga, masak lapisan atas sehingga naik wap dan membentuk gelembung-gelembung besar di atas permukaannya lalu curahkan atas lapisan hijau dalam acuan masing-masing.
6. Boleh dimakan panas-panas atau sejuk.

No comments:

Post a Comment