Monday, April 29, 2013

Resepi : Kuih Cara Manis

Assalamualaikum..
entri berikut ini merupakan sebuah resepi kuih yang paling Azim suka sekali!!! memang favourite Azim.. kuih apa yang yang tak favourite kat Azim ni? hehe.. mana-mana ada jual Azim balun.. tapi kalau takde jual, mana la nak melahap kuih ni.. kuih apa yang Azim tergila-gila ni?
kuih cara manis la.. hehe.. sedap betul kuih ni, memang tak boleh berhenti makannya.. tapi Azim suka juga kuih cara berlauk, tapi malas nak buat sebab leceh nak kena masak lauknya, cara manis pun ok juga la.. sodap jugak!!

woooo!!! sedap gila!!

actually, kuih ni senang je nak buatnya.. takde la sesusah mana.. cuma korang kena la ada acuannya.. beli je la kat kedai barangan dapur, Azim beli ni masa tu RM 9.00 rasanya.. kalau takda acuan mari datang rumah, Azim buatkan... hehe.. bancuhannya cukup mudah, tak susah... so lets jom!!

Bahan-bahannya :

3 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna hijau sikit
Air (sukatannya 3/4 blender) *blender standard
Gula untuk inti

Cara membuatnya :
1. Blender semua bahan kecuali gula pastu tapis tau.
2. Panaskan acuan sampai berasap dan sapu minyak sikit dalam acuan.
3. Guna api paling kecil dan tuang bancuhan dalam acuan dan letak la gula agak-agak dalam setengah sudu.
4. Tutup acuan dengan tutup periuk dan biarkan ia masak sekata dan tunggu sampai masak.




ha.. acano? sonang tak? sonang jo.. takda la susah mana.. pokok pangkalnya nak tak nak je..
ok, till meet in the next post.. bubye~~~

Sunday, April 28, 2013

Resepi : Kuih Kasturi

Assalamualaikum!!!
lama gila tak jenguk blog diva meletup ni.. busy la katakan, bila nak update masa cuti mid sem busy memanjang jer. pagi kerja, malam dah penat... tangguh la dulu..
so, Azim dah peram banyak resepi nak tunjuk kat korang ni.. haha.. jeng jeng jeng!!

ok, back to our topic, Azim sebenarnya dah ketandusan idea kuih apa nak buat, so tanya la nenek.. dia kata buat la kuih kasturi.. hoho, ya tak ya jugak.. Azim belum pernah buat kuih ni, selalu beli je.. tapi yang tak suka adalah yang jual ni buat tak sedap and ada kacangnya yang still tak empuk..
so, Azim pun pegi la beli kacang hijau dan memulakan la prosesnya..

Bahan-bahan (dapat dalam 30 biji *bergantung kepada saiz kuih itu)

*Pes kacang hijau
500 g kacang hijau (direndam semalaman)
500 g gula pasir
Air secukupnya untuk merebus kacang
Sedikit garam

*Tepung goreng (Pekat sikit tau, nanti kalau cair dia tak salut kuih tu)
1 cawan tepung gandum
3 sudu makan tepung beras
1 sudu besar marjerin
Sedikit pewarna kuning
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara-cara membuatnya:
1. Kacang hijau yang dah direndam semalaman itu kemudiannya direbus dan masak sampai empuk. Kalau kering tambah la air.
2. Bila dan betul-betul empuk, kacang tu akan kembang dan pecah.
3. Then dia akan start kering, pastu korang masukkan gula pasir dan sedikit garam.
4. Dia akan berair balik tau, so korang masak la sampai dia jadi kering.
5. Kemudian sejukkan semalaman.
6. Blender je tepung goreng tu, pastu korang bulat and leperkan pes kacang tadi, celup pastu goreng sampai masak. Ala, macam goreng pisang je.. senang kan...


Okay, nanti Azim nak post kuih lain pulak.. so tunggu selepas ini yer.. hehehe...